Kerabu Kaki Ayam Meriah & Sedap! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kerabu Kaki Ayam Meriah & Sedap!


Bahan bahan

Kaki ayam ( sekilo) nak sikit pun bolehh. Kemon kita buat diaa.
Serai
Bunga kantan
Cili api
Tomato
Bawang besar
Kacang panjang
Daun sup
Limau nipis
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara buatnya

1. Bersihkan dahulu kaki ayam bagi bersih helok. Potong dulu kuku dia tuu ye. Ajee terok kalau kuku tak kasi potong 🤭

2. Rebus kaki ayam ni bagi empuk. Lama ye kene rebus. Rebuskan sampai nak terlucut tulang tu yee

3. Siapkan bahan bahan lain tu. Semua potong dadu ye dan dihiris nipis.Haaa cam dalam gambar tu. Bagi meriah masa nak gaul jap lagi.

4. Kaki ayam dah empuk, buang air rebusan dan tos kan kaki ayam tu.

5. Ambil bekas besar, masukkan kaki ayam, bahan bahan yang dah siap potong dadu, sedikit garam dan gula, gaul gaul gaul mesra. Gaul lah sampai korang rasa puas hati.

6. Last sekali, perahkan limau nipis dan gaul lagi. Rasa la mana yang kurang tu boleh topap topap. Ikut citarasa sendiri OK.

7. Siap untung dihidangkan. Boleh ngap begitu sahaja atau makan dengan nasik pepanas perhh.

Ok mudah kan. Tak susah pun. Rasa dia cukup masam manis masam pedas. Kompom terangkat laa.

Kalau dah cuba nanti tag ain ye. Boleh share dan tag la kat peminat kaki ayam tu hehe.

Resepi: Sazwani Maarof

No comments

Powered by Blogger.