Selain Untuk Masakan Boleh Juga Atasi Jerawat Dengan Tomato - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Selain Untuk Masakan Boleh Juga Atasi Jerawat Dengan Tomato



Berikut 12 langkah mudah untuk mengekalkan kecantikan hanya dengan menggunakan tomato:
  1. Bagi yang bermasalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah kira-kira 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
  2. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
  3. Tomato juga dapat membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
  4. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah de­ngan jus lemon atau limau nipis, kemudian bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
  5. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai masker dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
  6. Campuran jus tomato dan madu baik untuk me­ngatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan terbabit pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
  7. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi. Ia dikatakan mampu me­nyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
  8. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi.
  9. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
  10. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur rambut dengan jus tomato dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
  11. Lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
  12. Bagi meghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli. Ia akan mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.

Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.