5 Tanda Kanser Rahim Pada Peringkat Sederhana - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Tanda Kanser Rahim Pada Peringkat Sederhana


1 Sakit ketika melakukan hubungan se ks

Jika anda mengalami rasa sakit yang berlebihan ketika berhubungan intim, anda perlu mendapatkan pandangan pakar. Ini merupakan salah satu tanda kanser rahim.

2 Pendarahan atau keluar cecair tidak normal dari far aj

Pendarahan tidak normal ini bermaksud mungkin berlaku sebelum tempoh haid atau selepas berhubungan seks pada bila-bila masa. Cecair yang keluar dari faraj juga antara tanda kanser rahim yang paling selalu terjadi. Cecair ini mungkin berbau kurang menyenangkan, termasuk dengan darah atau dalam bentuk keputihan.

3 Rasa sakit ketika kencing

Jika anda rasa pedih dan seolah-olah terbakar ketika kencing, hati-hati! Ia mungkin tanda kanser rahim. Namun, tanda ini juga mungkin bermaksud anda terkena jangkitan penyakit kelamin, masalah pundi kencing dan jangkitan yis.

4 Rasa sakit ari-ari

Ramai yang mengalami rasa sakit di ari-ari atau bahagian bawah abdomen. Namun mereka menganggap ia sebahagian sakit biasa. Sedangkan sakit ini mungkin tanda kanser rahim!

5 Haid yang terlalu lama dengan darah yang banyak

Sangat tidak normal jika anda perlu menukar pad setiap 2 jam sekali akibat pendarahan haid yang terlalu banyak. Ia mungkin disebabkan penyakit polip, fibroid, ketidakseimbangan hormon atau endrometriosis.

Apapun, dapatkan pandangan doktor pakar dengan segera.

Sumber : TheAsianParent

No comments

Powered by Blogger.