Sinar UV Percepatkan Proses Penuaan - Abang Terlajak Laris


Sinar UV Percepatkan Proses Penuaan

Bagi yang sering bermasalah dengan kulit berminyak atau jerawat pastinya memburukkan keadaan ketika cuaca panas melampau ini. Ini kerana musim panas boleh membuatkan kulit lebih berminyak. Apatah lagi ketika berpeluh, wajah terlihat lebih berminyak. Daripada wajah cantik makin berminyak saat cuaca panas, berikut tip yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah kulit.

1. Hindari paparan sinar matahari
Berada di bawah sinar matahari hanya akan membuat anda berpeluh dan mendapat kesan berbahaya dari sinar UV. Selain itu, sinar matahari boleh menyebabkan peningkatan minyak membuatkan kulit kelihatan lebih berminyak.

Dari jam 10 pagi hingga 3 petang, matahari berada di puncak dan memancarkan sinar yang panas. Jadi hindari sinar matahari terutama pada waktu ini. Juga, cuba tutup kepala dan memakai kaca mata hitam. Jangan lupa gunakan losen tabir suria ketika keluar rumah.

2. Jangan kerap cuci muka
Meskipun kita berasa berpeluh selama cuaca panas, tidak elok untuk mandi atau mencuci wajah lebih daripada dua kali sehari. Apabila sering mencuci, kulit akan kehilangan kelembapan, sehingga menghasilkan minyak berlebihan agar kembali lembap. Jadi mencuci muka terlalu kerap akan meningkatkan kadar minyak pada wajah anda.

3. Ubah rutin anda
Pada musim panas kita cenderung menambah produk tambahan untuk memberikan kembali kelembapan kulit kita seperti serum. Hentikan produk tambahan dan gunakan pelembap losen ringan atau gel sebagai ganti. Anda akan berasa lebih segar dan minyak pada kulit berkurang.

4. Kurangkan solekan
Meskipun anda berasa tidak sempurna tanpa solekan, sebaiknya kurang­kan penggunaan solekan pada musim panas. Bedak asas hanya akan membuat wajah lebih mudah berpeluh. Selain itu, produk itu dapat menyumbat pori yang menyebabkan anda mudah berjerawat. Sebaliknya, gunakan pelembap ringan ketika musim panas.

5. Bilas muka menggunakan susu
Bunyinya mungkin agak keterlaluan, tetapi anda ha­nya perlukan sedikit saja susu segar. Sapukan susu rata-rata pada muka. Kaedah ini boleh membantu mengurangkan cela dan memanjakan kulit muka anda.

6. Minyak kelapa
Bagi individu yang mengalami masalah kulit kering, anda juga boleh gunakan minyak kelapa. Ia dikatakan antara cara yang baik untuk melindungi kulit sensitif dan mengelakkan munculnya ‘tetamu’ yang tidak dikehendaki seperti jerawat.

Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.