Tak Sempat Mandi Wajib Sebelum Subuh. Sahkah Puasa? Ini Hukumnya - Abang Terlajak Laris


Tak Sempat Mandi Wajib Sebelum Subuh. Sahkah Puasa? Ini Hukumnya


HUKUM MANDI WAJIB SELEPAS SUBUH BAGI WANITA YANG HAID & NIFAS

Menurut penjelasan dalam laman web JAKIM, mandi hadas tidak termasuk dalam syarat sah puasa.

Sebagai makluman, di bawah ini adalah syarat sah puasa;
i) Islam
ii) Baligh
iii) Suci daripada haid dan nifas
iv) Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Justeru itu, bagi perempuan yang datang haid atau nifas, maka tidak sah puasa mereka pada hari datangnya haid atau nifas. Sekiranya haid atau nifas datang pada waktu siang hari, maka batallah puasanya pada hari itu.

Namun jika dia bersih daripada haid atau nifas di malam hari, wajib ke atasnya berpuasa keesokannya, sekalipun dia belum sempat mandi hadas (mandi wajib). Kesimpulannya sah puasa walaupun mandi wajib dilakukan selepas waktu subuh.

Wallahua’lam

Sumber: JAKIM


No comments

Powered by Blogger.