Tip Kurangkan Masalah Bau Badan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Tip Kurangkan Masalah Bau Badan


1. Kurangkan pengambilan sumber makanan yang boleh menggalakkan aktiviti kelenjar peluh apokrin dan ekrin yang merembeskan peluh yang berbau seperti bawang putih, bawang merah, alkohol, kafein, nikotin, merokok dan sebagainya.

2. Cuci selalu bahagian kulit badan yang lembap seperti pelipat, ketiak dan celah paha.

3. Meningkatkan pengambilan probiotik (bakteria kulit yang berguna) supaya ia lebih tinggi kepadatannya dan dapat mendominasi permukaan kulit. Bakteria lactobascilllus mengeluarkan glikogen dan aseton mengeluarkan bau yang menyenangkan di samping mengawal pertumbuhan mikroflora yang tidak sihat.

4. Menggunakan deodoran atau pewangi.

5. Menggunakan gel mandian ataupun sabun mandian yang dapat mengatasi dan mengurangkan masalah bau badan semasa mandi.

6. Memakai baju jenis kain yang lembut, mempunyai ciri pengudaraan yang baik dan tidak kedap.

Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.