Tips Berhari Raya di Rumah Orang - Abang Terlajak Laris


Tips Berhari Raya di Rumah Orang

  1. Jangan datang rumah orang terlalu awal. Mungkin dorang masih bersiap, solat raya ataupun masih mahu bersama-sama dengan keluarga. 
  2. Pastikan anak-anak tak ambik angpau sampai 4-5 kali. Pengsan tuan rumah nanti. Hehehe. Siapkan botol dakwat depan pintu, lepas dapat duit raya mesti celup ibu jari dlm botol tu. hahaha 
  3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar. Takpun dah tidur. 
  4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengan langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit. Tau tak? 
  5. Jangan sibuk tanya orang bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan orang nak jawab tau? 
  6. Jangan pandai-pandai tukar channel TV rumah orang. Dah diorang satu keluarga minat hindi jangan pandai-pandai nak tukar astro ceria. Mintak izin takpe. Hehehe 
  7. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya dapur mcm tongkang pecah. Kuikui 
  8. Ajar anak-anak jangan buka sampul duit raya depan tuan rumah. 
  9. Orang hidang air terus minum tak payah nak cakap banyak. 
  10. Jangan tumpang kencing kalau tak pandai nak flush. 
  11. Kalau termakan kuih raya yang tak berapa sedap tu, telan jer. Jangan cuba nak selit kuih raya tu kat sofa atau pasu rumah orang. Tak baik. Tau tak? 
  12. Jangan mintak password wifi rumah orang. Kalau asyik nak guna internet baik dok rumah je.
Sumber : fatinbella

No comments

Powered by Blogger.