Tips Memiliki Kulit Sihat Dan Cantik - Abang Terlajak Laris


Tips Memiliki Kulit Sihat Dan Cantik

Bagi memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjaga, beberapa langkah perlu diambil antaranya:

1. Membersihkan kulit
Mandi satu ke dua kali sehari, lebih lagi sekiranya badan berpeluh dengan banyak. Sabun tidak memudarat­kan, tetapi penggunaannya secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum. Penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering. 

Guna sabun atau pencuci yang lembut jika mempunyai kulit kering. Bagi kulit sensitif, elakkan sabun atau pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.

2. Gunakan pelembap selepas mandi
Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi boleh digunakan untuk kulit yang kering. Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembap.

3. Gunakan penyegar
Penyegar berfungsi untuk menutup liang roma terutama bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Ia membuat kulit menjadi kering serta mengecutkan liang roma.

4. Gunakan bahan pelembap mata
Ini antara kaedah penjagaan yang sering dipinggirkan. Penggunaan bahan pelembap di sekeliling kelopak mata boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif.

5. Jaga kebersihan diri
Salin dan pakai pakaian bersih sekerap mungkin.

6. Lindungi kulit daripada cahaya matahari
Kulit menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu. Pelindung matahari perlu disapu semula selepas dua hingga tiga jam selepas berenang.

7. Bersenam secara berkala
Senaman adalah kaedah yang paling mudah dan murah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Senaman secara berkala akan melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit untuk mengekalkan kesihatan kulit.

8. Amalkan diet seimbang
Makanan yang seimbang amat penting dan ia mestilah mengandungi sumber protein, karbohidrat, serat, lemak, vitamin dan mineral. Namun untuk mendapatkan kulit yang cantik, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin serta antioksidan.

9. Tidak merokok
Bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut selain menyebabkan kanser.

10. Minum air lapan gelas sehari
Banyak meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit.

Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.