Jumlah Push Up Anda Boleh Buat Tentukan Risiko Sakit Jantung - Kajian - Abang Terlajak Laris


Jumlah Push Up Anda Boleh Buat Tentukan Risiko Sakit Jantung - Kajian


Satu kajian dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat, Crypus dan Itali menunjukan bilangan push up yang boleh dilakukan oleh seseorang, mementukan tahap kesihatan jantung mereka.

Kajian yang dijalankan keatas 1,104 lelaki dewasa diantara tahun 2000 hingga 2010. Pada permulaannya, mereka diminta untuk melakukan push up, termasuk ujian ketahanan diri menggunakan treadmill. Mereka juga diminta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

Hasil kajian menunjukkan, peserta yang boleh melakukan push up lebih daripada 40, mempunyai kurang potensi untuk menghidap penyakit jantung, termasuk masalah coronary artery dan masalah hati.

Berbeza dengan mereka yang hanya mampu melakukan 10 push up, golongan ini lebih berpotensi menghidap penyakit melibatkan cardiovascular disease (CVD).

Kajian berkenaan telah diterbitkan dalam JAMA Network Open.

No comments

Powered by Blogger.