Kerang Thai Style Pedas Masam, Sedap! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kerang Thai Style Pedas Masam, Sedap!


Bahan dan cara:

10 biji Cili Padi Merah kalau nak kurang pedas boleh kurangkan atau nak lagi pedas boleh tambah lagi. (Ditumbuk halus)
5 biji limau nipis atau ikut suka masam, dan ambik airnya.
5 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil gula pasir ikut suka
1 biji Tomato dibuang bijinya dan dipotong kecil-kecil
Daun Ketumbar dicincang halus
Timun kecil potong 2 dan rendam dahulu dalam air (hiasan)
1 sudu kecil Ajinomoto atau Maggi cukup rasa
Semua bahan dicampurkan sekali letak tepi.
Kerang 1 kilo dicuci bersih direbus sekejap separuh masak, dan buang kulit sebelah sahaja.
Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi atas kerang.

Sumber: Emma Mohd Mua

No comments

Powered by Blogger.