Sebelum Bersalin, Cuba Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Lebih Bertenaga - Abang Terlajak Laris


Sebelum Bersalin, Cuba Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Lebih Bertenaga


Pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi memang sangat digalakkan untuk ibu hamil malah beberapa spesifik makanan penambah tenaga ini memang sangat disarankan sebelum tibanya due date.

1) Kurma

Sejenis buah yang boleh melancarkan operasi melahirkan yang telah banyak diketahui umum. Ia juga adalah sejenis buah yang boleh membekalkan tenaga dengan segera. Oleh itu, ambil beberapa biji kurma sebelum proses kelahiran anda.

2) Tembikai

Selain air kosong, buah tembikai juga dapat membantu ibu mendapatkan bekalan air yang cukup kerana buah ini mengandungi mineral elektrolit yang dapat meningkatkan penyerapan H20 dalam tubuh.

3) Pisang

Pisang kaya dengan Potassium, vitamin B, dan Vitamin C yang dapat mencegah pre-eklampsia yang sangat dibimbangi semasa melahirkan. Buah ini juga dapat digunakan sebagai pengganti gula dalam makanan yang sihat dan menambahkan nutrisi sekaligus ia dapat meningkatkan tenaga ibu semasa bersalin.

4) Bendi

Sayur ini dipercayai mampu membantu anda dalam proses bersalin. Malah ia juga boleh menjadi penawar kepada masalah sembelit, dan diabetis. Ia boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah rebus, atau masakkan berkuah. Ia sangat digalakkan untuk mengelakkan masalah untuk proses bersalin.

5) Air kelapa

Sebaik tiba usia kandungan 7 bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan. Pengambilan air kelapa sepanjang tempoh kehamilan baik kerana dapat membantu menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Sumber: Pengantin

No comments

Powered by Blogger.