5 Cara Didik Anak Untuk Berhijab - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Cara Didik Anak Untuk Berhijab


Perkara yang lebih penting dan mencabar adalah cara untuk anda memperkenalkan pemakaian hijab kepada si kecil.

Paling penting, anda tidak seharusnya memaksa atau menggunakan kekerasan jika dia enggan memakai hijab. Dia mungkin akan rasa terbeban dan mungkin akan terus mengelak. Ikut tip ini.

1. Tunjukkan contoh teladan
Sebagai ibu bapa, anda ialah contoh terbaik bagi anak kerana dia sentiasa memerhatikan tingkah laku anda. Apa sahaja yang anda buat, dia mungkin akan ikut.

2. Banyak bersabar
Mendidik anak memang mencabar kerana bukan semua anak kecil akan menerima ajaran anda dengan hati yang terbuka.

3. Sirami anak dengan pujian
Berikan kata-kata perangsang bagi membantu anak anda lebih berminat untuk bertudung. Katakan yang dia kelihatan cantik, comel dan berseri-seri. Barulah dia lebih bersemangat!

4. Beli tudung yang anak suka
Anda juga perlu menyediakan pilihan tudung yang cukup menarik bagi meningkatkan minat si kecil terhadap pemakaian tudung

5. Sentuh emosi anak
Tidak seperti orang dewasa, hati kanak-kanak lebih mudah tersentuh. Kanak-kanak juga akan memberi tindak balas lebih terhadap emosi daripada kata-kata.

Sumber: hijabnheels.com

No comments

Powered by Blogger.