5 Momen Menjengkelkan Bila Wanita Pandu Kereta - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Momen Menjengkelkan Bila Wanita Pandu Kereta


Ada momen menjengkelkan yang hanya pemandu wanita je alami. Antara momen-momen ini, yang manakah anda rasa paling arghhhhh?

“Ni mesti perempuan yang bawa kereta”

Setiap kali berlakunya kemalangan, kereta dipandu perlahan, tidak memberi laluan dan signal serta teragak-agak ketika masuk simpang... Mesti dikaitkan dengan pemandu wanita. Pendek kata semua perkara negatif yang terjadi di atas jalan raya adalah salah pemandu wanita!

Dibuli Di Jalan Raya

Bila nampak pemandu wanita, terutama yang memandu terlalu rapat dengan stereng, mulalah ada je pemandu yang berani nak ‘cucuk’ kereta dari belakang, naik lampu tinggi dan dihalang daripada memotong. Tak kurang juga yang tengok dengan pandangan serong, keluarkan bahasa kesat dan merendah-rendahkan kemampuan pemanduan mereka.

Kunci Hilang

Dah letak elok dalam beg tangan, tetapi susah nak dijumpai. Semakin besar beg, semakin susah dan lama nak cari kunci. Iyalah, ada macam-macam ‘khazanah’ dalam beg. Sebab itu, pemandu wanita kenalah siap-siap cari kunci sebelum bergerak ke tempat letak kereta atas faktor keselamatan.

Mana Nak Letak Handbag? 

Nak letak di kerusi penumpang, risau cermin kena pecah. Letak di bawah kaki risau membahayakan, dan kalau letak di dalam ruang belakang mestilah susah nak ambil barang. Jadi, nak letak di mana? 

Tak Ingat Jalan

Ramai wanita paling susah nak ingat jalan, kan? Terutamanya jalan alternatif untuk elak kesesakan. Nasiblah kebanyakan kereta hari ni dah ada teknologi canggih GPS dan masing-masing pun dah guna telefon pintar, kan?

Sumber: Sinar.my

No comments

Powered by Blogger.