5 Perkara Simple Lelaki Suka Perhatikan Wanita.. - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Perkara Simple Lelaki Suka Perhatikan Wanita..


Percaya atau tidak lelaki akan perhatikan seorang wanita (terutamanya yang dia suka) lebih daripada itu. Jadi, apakah yang diperhatikan oleh mereka?

1. Personaliti

Ini perkara yang tidak mungkin dapat diperhatikan dan dinilai dalam masa yang singkat. Seseorang yang mempunyai personaliti yang menarik bukan sahaja nampak yakin tetapi mampu memikat hati.

2. Tahap kebahagiaan

Lelaki yang jujur untuk memberikan komitmen dalam perhubungan suka melihat gadis disukai olehnya sentiasa happy. Malah kehidupan mereka akan lebih bahagia jika mampu melihat kamu bahagia. Walaupun kadangkala ia tidak terlihat di riak wajahnya namun jauh di sudut hati dia gembira melihat kamu bahagia.

3. Keyakinan diri

Keyakinan diri merupakan elemen yang sering diperhatikan oleh lelaki. Mereka akan dapat tahu sama ada kamu seorang mempunyai keyakinan diri atau tidak.

4. Cara berpakaian

Sedar atau tidak lelaki sebenarnya sering memerhatikan gaya yang dikenakan oleh wanita. Dan ia memainkan peranan cukup besar untuk mereka mendekati kamu atau tidak.

5. Senyum dan tawa

Bak kata orang hanya dengan senyuman boleh mencairkan hati seorang lelaki. Guys hate to say this but deep down, they know... dengan senyuman kamu hatinya boleh rebah dan menyerah. 

Sumber: Remaja 

No comments

Powered by Blogger.