5 Tip Penting Untuk Lelaki Bernama Suami Jaga Keutuhan Rumah Tangga - Abang Terlajak Laris


5 Tip Penting Untuk Lelaki Bernama Suami Jaga Keutuhan Rumah Tangga


Berikut merupakan 5 tips rumah tangga bahagia yang akan dikongsikan didalam artikel kali ini.

Ringankan Ucapan Terima Kasih Kepada Pasangan Anda

Tidak kira samada apa yang dilakukan oleh pasangan anda merupakan perkara besar atau kecil, jangan lupa untuk mengucapkan kata penghargaan ini kepadanya.

Ulang Semula Apa Yang Menjadi Kebiasaan Anda Ketika Bercinta

Apa kata anda ulang semula apa yang anda lakukan ketika bercinta dulu? Anda boleh belikan pasangan anda bunga kegemarannya, anda juga boleh selitkan nota kecil didalam beg kerjanya dan tinggalkan pesanan suara romantis kepadanya.

Melakukan Aktiviti Riadah Bersama-sama

Sebenarnya dengan menjaga kesihatan diri anda dan juga pasangan, anda akan dapat mengelakkan masalah yang timbul hasil daripada kesihatan yang tidak menentu seperti masalah kewangan kerana terpaksa menampung kos rawatan dan masalah yang melibatkan zuriat. Masalah-masalah ini secara tidak langsung akan menjejaskan keharmonian rumah tangga anda.

Perkara-perkara besar dalam kalendar hidup anda bersama sememangnya perkara yang wajib anda ingat.

Perkara lain yang anda perlu juga ambil tahu adalah perkara yang berlaku seharian dalam kalendar hidup pasangan anda seperti peperiksaan kenaikan pangkat, mesyuarat, kursus dan sebagainya.

Belajar Untuk Tidak Memperbesarkan Isu

Benda-benda kecil seperti pakaian bersepah, pakaian tidak sempat dibasuh dan sebagainya usahlah diperbesarkan sehingga menimbulkan pergaduhan.

Sumber: Lelaki.my


No comments

Powered by Blogger.