8 Cara Betul Pakai Minyak Wangi Supaya Baunya Tahan Lama - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

8 Cara Betul Pakai Minyak Wangi Supaya Baunya Tahan Lama


Nak pastikan minyak wangi yang dibeli tahan lama baunya kenallah praktik tip ini.

1. Sembur di dada
Sebelum pakai kenalah kenal pasti bahagian mana nak sembur supaya tahan lama. Sembur pada bahagian dada ya. Wangian mampu kekal lama sebab bahagian ini tak banyak pergerakan dan kalau berpeluh pun ia akan meningkatkan lagi haruman minyak wangi.

2. Sembur di bahagian ini juga
Selain dada sebaiknya sembur pada kulit yang panas. Antaranya boleh menyembur pada nadi tangan, siku, celah peha, belakang lutut atau pergelangan kaki untuk kekalkan baunya.

3. Pakai losyen atau Vaseline
Kalau kulit jenis kering sebaiknya lembapkan dulu dengan losyen. Tapi seeloknya pilih yang tiada bau. Paling tidak sapu Vaseline pada bahagian yang disembur terutamanya di bahagian nadi.

4. Lepas mandi sebelum pakai baju
Waktu paling sesuai untuk menyembur minyak wangi supaya baunya kekal lama adalah adalah selepas mandi sebelum mengenakan baju.

5. Jangan goncang botol
Sebelum menyembur minyak wangi jangan goncang botolnya. Tapi ini dah macam jadi kebiasaan kita kan. Perbuatan menggoncang botol minyak wangi ini membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti harumannya.

6. Dah sembur, tak perlu gosok
Selepas sembur, ramai yang gosok bahagian tersebut tapi sebenarnya cara ini salah. Elakkan menggosok minyak wangi yang telah disembur kerana ia boleh menjejaskan molekul wangian hingga menjadikan baunya berubah.

7. Jarak semburan
Sembur minyak wangi pada jarak 4-6 inci dan semburan tak perlu terlalu lama. Sekejap je!

8. Simpan jauh dari cahaya
Selepas menggunakan minyak wangi, simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap. Cahaya, kepanasan dan kelembapan juga boleh menjejaskan kualiti bau minyak wangi.

Sumber: vanillakismis.my

1 comment:

Powered by Blogger.