Alarm Belum Bunyi Tapi Dah Terjaga, Ini Alasan Saintifiknya! - Abang Terlajak Laris


Alarm Belum Bunyi Tapi Dah Terjaga, Ini Alasan Saintifiknya!


Set alarm pukul 8 pagi tapi pukul 7.30 dah bangun. Timing tidur yang sama setiap malam menjadikan badan korang terbiasa dengan waktu tersebut. Jam tidur yang teratur membuatkan badan kita meningkatkan kadar protein Period Circadian. 


Protein ni akan meningkat 1-2 jam sebelum waktu tidur tiba dan seterusnya meningkatkan tekanan darah dan jantung. Jadi, jika rutin tidur sama, protein ni lah yang bertindak sebagai alarm bangun tidur korang. Sebab tu bila tidur dah cukup, korang akan terbangun sebelum alarm berbunyi. 

Tapi, kalau dah alarm berbunyi pun tak dengar, tak sedar maknanya tidur korang belum lagi cukup. Timing tidur yang berbeza setiap malam membuatkan badan korang lagi cepat letih. Kalau dalam seminggu tu asyik bangun lambat je, check balik waktu tidur korang okay?

Sumber: Era.je

No comments

Powered by Blogger.