Amalkan Ini Selalu Dalam Hubungan Suami Isteri, InsaAllah Murah Rezeki - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Amalkan Ini Selalu Dalam Hubungan Suami Isteri, InsaAllah Murah Rezeki


Amalkan ini selepas ini rezeki anda tidak akan putus-putus. In shaa allah. Jom sama-sama amalkan.

MAKAN DENGAN PASANGAN SAMA-SAMA

Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.

LAYAN ANAK-ANAK DENGAN PENUH KEMESRAAN

Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.

BERI PANGGILAN YANG BAIK UNTUK SUAMI DAN ISTERI

Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan. Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.

BERI ISTERI DUIT BELANJA WALAUPUN ISTERI SUDAH BEKERJA 

Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar. Tak kesah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10. Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih.

SELALU TENANGKAN HATI PASANGAN KETIKA RESAH

Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.

BANYAKKAN BERSEDEKAH

Amalan bersedekah tanpa mengharapkan belas kasihan daripada sesiapa. Betul kan niat anda ketika bersedekah kerana apabila kita meringankan bebanan orang lain dalam kesusahan, maka Allah akan menggandakan rezeki dalam kehidupan kita.

Sumber: Pangantin

No comments

Powered by Blogger.