Berjalan Laju Boleh Panjangkan Umur - Kajian - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Berjalan Laju Boleh Panjangkan Umur - Kajian


Sebuah kajian diterbitkan dalam Mayo Clinic Proceedings mendapati orang yang berjalan laju mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding orang berjalan perlahan. 

Malah, kaedah mengukur berjalan ini sebenarnya lebih tepat untuk mengetahui kesihatan seseorang berbanding BMI. Sebab orang yang berjalan laju didapati lebih cergas. 

Betul juga, kan? Kalau orang tidak sihat, selalunya mereka berjalan perlahan dan cepat lelah. 

Kajian ini melibatkan 475,000 orang dan dilakukan pada umur 50 tahun sehingga mereka meninggal dunia. 

Berjalan laju tu maksudnya "berjalan lebih 100 langkah dalam masa seminit". Banyak juga tu! 

Didapati, mereka yang berjalan laju mempunyai risiko mati awal lebih rendah tanpa mengira BMI. Malah, bezanya antara 15 hingga 20 tahun ya. 

Sumber: CARI 

No comments

Powered by Blogger.