Cara Buat Laksam Tak Melekat, Bergulung Sendiri - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Buat Laksam Tak Melekat, Bergulung Sendiri


Berikut perkongsian wanita ini;

“Ada ka yang tak tidoq lagi time ni?? pukul 2.10 pagi dah ni..cheq jadi burung antoo dok kukuih isi laksam, jenoh nak bagi abih tepong sekilo..nasib lah mudah, tak lekat.”

“Syaratnya, kena pakai pinggan plastik sapu sikit minyak”

Bahan (Isi Laksam):

1kg tepong beras cap 3 ekoq gajah*
2 cawan tepung gandum*
2camca tepung ubi*
1sudu teh garam*
5camca minyak*
10 cawan air biasa*
5 cawan air panas

Cara Membuat:

1.Bancuh semua bahan bertanda *, dah sebati baru masuk air panas.Kacau lagi bagi sebati.
2.Boleh lah kukuih atas pinggan plastik yang disapu sikit minyak.

3. Kukus pulak jangan lama sangat, satgi kedot..cukup naik melembong sikit, (tanda dah masak) angkat.

4. Gulung hujung ja, pastu buat macam cheq, biaq dia gulung sendiri..panaih kot..cheq tak tahan.

Buat apa nak sibuk gulung, kalau dia boleh gulung sendiri.

** Kukus guna pinggan plastik yang tahan panas mempunyai BPA. Pinggan kaca jadi tak comel.

No comments

Powered by Blogger.