Cara Cepat Dan Mudah Buang Ketuat - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Cepat Dan Mudah Buang Ketuat


Perkongsian oleh Hanis Samsuddin menunjukkan cara mudah dan cepat untuk membuang ketuat iaitu dengan menggunakan cuka epal, kapas, plaster dan vaseline.


Caranya:

1. Celup kapas dalam cuka epal lalu tampal pada ketuat. Kemudian balut dengan plaster dan biarkan semalaman.


2. Keadaan ketuat selepas dua hari. Kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan menyapu Vaseline disekeliling ketuat sebelum meletakkan cuka.


3. Hari ketiga cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua, mungkin tiada rasa sakit sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga bila akar sudah ditembusi kita mungkin akan terasa sedikit pedih.


4. Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. Ini menandakan sel ketuat mula mati dan dimakan asid.


5. Keadaan ketuat yang sudah mati.


6. Apabila ketuat jadi macam ni, boleh tarik sedikit demi sedikit atau biarkan ia tanggal sendiri.


7. Inilah rupa ketuat yang sudah tertanggal.


8. Dah bersih dan tak sakit mata memandang jari jemari.


No comments

Powered by Blogger.