Resepi
Cara Mudah Buat Pearl Homemade Untuk ‘Bubble Tea’
Resepi by Suzi Yanti Md Hane,
Bahan:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung ubi
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hitam secukupnya… sikit je tau
Sedikit air untuk menguli
Gula 3 sudu besar untuk merebus pearl
Cara:
Campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tak melekat di tangan.
Gentel kecil-kecil sehingga siap.
Rebus dengan air gula sampai masak. (paling sedap gula melaka & siap pastu tu buatlah air apa yang korang suka.
No comments