Isteri Bertuah Jika Suami Sayangkan Anda Sepenuh Hati, Bukan Nafsu Semata - Abang Terlajak Laris


Isteri Bertuah Jika Suami Sayangkan Anda Sepenuh Hati, Bukan Nafsu Semata


CINTA PADA ISTERI

Ia tidak perlu terangkan secara terperinci bila dalam tahap ‘Cinta’ ini kerana ia berlaku adalah ketika bercinta sebelum berkahwin, dan diawal-awal fasa perkahwinan. Pada tahap ini, si suami tidak boleh berpisah langsung dengan isteri, pabila berjalan sentiasa berkepit, segala permintaan isteri akan dituruti dengan penuh sungguh-sungguh, tidak akan ada komplen.

Bila berjauhan, akan sentiasa bermesej dengan kata-kata rindu, telefon semata-mata nak dengar suara isteri. Walau perempuan cantik lalu depan mata si suami pun, dia buat tak heran je. Kerana ‘Cinta’nya pada si isteri telah memenuhi segenap ruang mata dan hatinya.

Tahap ini semua yang suami lakukan kerana sayang isteri, dan bila si isteri nampak keletihan atau dalam kesedihan, si suami akan cepat prihatin dan rasa kesian, sanggup berikan apa sahaja bantuan pada isteri. Bila cinta, sayang dan kesian akan hadir secara spontan tanpa disuruh.

SAYANG PADA ISTERI

Apabila perkahwinan masuk ke tahun ke-2 atau ke-3 (Bergantung kepada berapa kuatnya cinta suami pada si isteri), perasaan cinta biasanya akan mula pudar. Apa yang cuba dimaksudkan disini mungkin berbeza ikut pandangan orang lain mengenai erti cinta itu sendiri, umpama mandi tak basah, tidur tak lena. Itu baru cinta.

Kehangatan cinta yang pudar dengan usia bukanlah salah dari isteri kerana ia berlaku secara semulajadi dalam hati si suami. Tetapi, tak semestinya bila cinta pudar, perasaan sayang juga pudar. Ia tidak berlaku seperti itu.

Jika banyak perkara yang membahagiakan dari si isteri, maka akan bertambah sayanglah si suami pada isteri kesan dari bunga-bunga yang bercambah dalam hatinya akibat ditanam dengan benih-benih gembira oleh si isteri.

KASIHAN PADA ISTERI

Inilah benteng terakhir buat suami untuk terus berjuang demi bersama isterinya. Dan kalau anda semua nak tahu, inilah tahap terakhir dalam hati suami sebelum berlakunya mukkadimah  bagi segala situasi masalah rumahtangga yang banyak berlaku sekarang. Apabila sayang suami mulai pudar, segala yang perlu dilakukan demi isteri atau rumahtangganya kini menjadi terpaksa.

Apa yang dia buat untuk isterinya, hanyalah kerana kesiankan isterinya disebabkan dia masih lagi mengenangkan sedikit-sedikit perkara dan pengorbanan yang pernah si isteri lakukan untuknya.

Sumber: Pengantin

No comments

Powered by Blogger.