Jawapan 'Win' Bila Ditanya Bila Nak Kahwin dan Bila Nak Ada Anak - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Jawapan 'Win' Bila Ditanya Bila Nak Kahwin dan Bila Nak Ada Anak


Bila bersilaturahim dengan orang disekeliling, pastinya kita akan bertemu dengan soalan prihatin “bila nak kahwin” (bagi yang masih bujang) dan “bila nak ada anak” (bagi yang masih belum dikurniakan cahaya mata. Mengikut Prof Datuk Dr. Muhaya, cara untuk mendepani soalan sebegitu adalah dengan menjaga pertuturan dan menjawab dengan berhemah.

Jaga tutur kata dan jangan bersikap negative dengan membalas soalan sebegitu dengan jawapan sinis. Sebaiknya dan secara profesionalnya, jawablah soalan seumpama itu dengan jawapan, “mohon doakan saya cepat bertemu jodoh yang baik,” ataupun “doakan saya semoga saya dikurniakan zuriat yang baik,”.

Allah S.W.T ada berpesan, jika kita mahukan sesuatu dan berkeinginan, mohon dan berdoalah pada Allah. Insya-Allah bila tiba masa dan waktu yang tepat, doa kita dimakbulkan. Perkongsian manis dan menyejukkan jiwa ini dikongsikan oleh pakar motivasi terkenal, Prof Datuk Dr. Muhaya menerusi Instagram rasminya.

No comments

Powered by Blogger.