Kaki ‘Cramp’ Ketika Tidur, Apa Kena Buat? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kaki ‘Cramp’ Ketika Tidur, Apa Kena Buat?


Kebiasaannya, kekejangan ini lebih mudah berlaku pada otot-otot yang keletihan, termasuklah otot betis. Selain itu, gaya kaki semasa tidur juga boleh menjadi penyebab.

Tapak kaki yang menjulur ke hadapan akan menyebabkan otot betis menjadi lebih ‘pendek’ sekaligus membuatkannya lebih mudah kekejangan.

Kajian juga mendapati yang berdiri untuk tempoh yang lama ketika sedang berjaga juga boleh menjadi punca berlakunya kekejangan kaki.

Bagi ibu hamil pula, kaki cramp ini sering dikaitkan dengan keletihan otot bagi menampung kandungan ketika berjalan.

Apa yang boleh dilakukan? 

Langkah yang paling sesuai dilakukan ialah dengan mengurut lembut kaki dengan minyak panas sebelum tidur. Bagi ibu mengandung pula, mintalah suami untuk urutkan kaki korang.

Selain daripada itu, korang juga boleh mengamalkan untuk memakai stokin ketika tidur ataupun mengenakan tuala yang dibasahkan dengan air panas pada kawasan betis sebelum tidur atau mandi dengan air panas.

Manakala jika kekejangan sedang berlaku, langkah pertama yang boleh dilakukan ialah cuba naikkan tapak kaki sehingga ibu jari kaki menghala ke arah badan korang.

Kalau tak boleh juga, kejut je suami dan minta dia tolong tolakkan tapak kaki ke arah korang. Bagi yang bujang tu, cuba juga sampai dapat.

Apabila kekejangan sudah mula reda dan korang dah boleh berjalan, tuamkan tuala panas ataupun botol yang mengandungi air panas pada bahagian yang sakit.

Sumber: Healthline, Cleveland Clinic via Siakap Keli

No comments

Powered by Blogger.