Sambal Ikan Kering Pembuka Selera Yang Sedap - Abang Terlajak Laris


Sambal Ikan Kering Pembuka Selera Yang Sedap


Pembuka selera, diet kelaut lah kalau ada sambal ni. Sambal cukup rasa, ada pedas, ada masam ada masin ada manis. Cara buat pun senang je tumbuk semua.

Resepi sambal ikan kering.

Bahan
1.ikan kering(ikan gelama)
2.belacan (Digoreng)
3.satu ulas bawang besar
4.Cili padi merah+hijau(12biji nak pedas letak lebih)
5.mangga muda(saya guna mangga epal)
6.1 sudu kecil gula

Mula2 masukkan belacan,bawang merah,dan gula.Kemudian masukkan ikan kering masukkan terus sekali kepala,kepala ikan yg buat lemak,masukkan buah mangga yg dicincang halus,dan last sekali baru masukkan cili.Cili padi masuk last sekali takut terpercik masuk mata masa menumbuk.Xperlu tambah garam ikan kering dah masin.
Dah siap.Sedap di makan dengan nasi panas2 lauk sayur lemak sawi putih ayam goreng kunyit,ada ulam2 petai adehhh mngences plak...

Kalau ada buah kundang ke,buah bacang ke pun sedap selain mangga.

Kredit: Nooraini Ramly

No comments

Powered by Blogger.