Penyakit Beguk Yang Serius Boleh Sebabkan Lelaki Mandul! - Abang Terlajak Laris


Penyakit Beguk Yang Serius Boleh Sebabkan Lelaki Mandul!


Dato’ Dr Rushdan Noor berkongsi di laman Facebooknya komplikasi penyakit beguk kepada kesihatan lelaki ataupun wanita. 

Penyakit begok (mump) disebabkan oleh jangkitan virus (paramyxovirus). Penyakit begok ataupun mump tidak boleh diambil ringan kerana dua sebab iaitu 

(1) Ia sangat mudah berjangkit dan 

(2) Walaupun jarang, ia boleh menyebabkan komplikasi lain yang serius. Di samping berlaku keradangan kelenjar air liur parotid (pada dagu), jangkitan virus mump ini juga boleh menyebabkan:

1. Keradangan testis (biji zakar) lelaki, jika serius boleh menyebabkan KEMANDULAN.

2. Keradangan ovari wanita menyebabkan kemandulan dan MENOPAUS pramatang.

3. Keradangan dan kerosakan saraf pendengaran menyebabkan PEKAK.

4. Ibu hamil yang dijangkiti virus mump juga boleh menjangkiti anak di dalam kandungan menyebabkan KEGUGURAN.

5. Keradangan pankreas (“pancreatitis”)

6. Keradangan otak dan selaput otak, boleh menyebabkan KEMATIAN.

No comments

Powered by Blogger.