Punca Anak Kerap Sangat Sakit, Sebab Makanan? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Punca Anak Kerap Sangat Sakit, Sebab Makanan?

Majalah Pa&Ma

Ainini merupakan Home Educator/suri rumah sejak 2010. Banyak menulis mengenai makanan dan resipi sihat pada entri Facebook, Pengasas Oven Nini ini juga sering berkongsi penyediaan makanan sihat yang dihasilkan sendiri sebagai inspirasi untuk golongan ibu. 

Mengapa anak kerap sakit, baru pulih, sakit kembali?

Anak kerap sakit, lambat sembuh, baru sembuh anak kembali sakit. Ini juga berlaku empat hingga lima tahun lalu kepada Afi yang kini usianya sudah tujuh tahun.

Alhamdulillah, bila mengamalkan pemakanan sihat dan membuang semua yang tidak sepatutnya ada dalam senarai diet seharian, banyak benda baharu saya belajar. Paling ketara, sistem imun badan jadi semakin baik. 

Saya antara ibu yang tidak menjaga pemakanan anak satu ketika dulu. Selepas genap dua tahun menyusu badan (saya masih teruskan hingga usianya tiga tahun sembilan bulan), sistem imun badannya jatuh merudum setelah pengambilan sesuatu dalam dietnya.

Ketika genap dua tahun, saya berikannya susu coklat kotak tinggi pengawet, gula, aditif, pewarna/perasa tiruan atas dasar ingin memberikannya kalsium.

Sedangkan realitinya, kanak-kanak dua tahun ke atas sudah tidak memerlukan susu lagi sebagai sumber kalsium kerana semua itu boleh didapati dalam makanan harian berkhasiat seperti nasi, sayuran hijau (kaya kalsium), ayam, daging, ikan, telur dan buah-buahan.

Hasilnya, selang dua minggu dia demam. Batuk selesema berminggu baru sembuh. Bila demam, suhu tinggi bukan main.

Sangat kerap sakit! 

Jadi pesan saya kepada ibu-ibu, jangan terperdaya dengan iklan yang cuba mempengaruhi anda dengan fakta-fakta sokongan yang tidak berasas! Sebaiknya sebagai ibu, lakukan sedikit usaha untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat untuk si kecil dan seisi keluarga!

Sumber: Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.