Tanda Anda Ada Masalah Microsleep - Abang Terlajak Laris


Tanda Anda Ada Masalah Microsleep


Microsleep terjadi apabila segala input daripada deria pendengaran dan penglihatan tidak dapat diproses oleh otak. Selalunya ia berlaku dalam masa 1 hingga 30 saat. Ia biasanya terjadi ketika sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri, keluarga dan orang ramai.

bahaya microsleep, ini petanda anda memiliki masalah ini

Microsleep juga sering terjadi sewaktu awal pagi dan waktu tengah hari di mana badan kita memerlukan tidur pada waktu itu.

Simptom-simptom microsleep
• Tersengguk-sengguk
• Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
• Mata terkebil-kebil
• Merenung dalam ke arah sesuatu yang kosong
• Tak boleh nak fokus

Faktor berlakunya microsleep

Paling utama berlakunya microsleep adalah tidur. Kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu, tidur yang tak cukup dan sebagainya.

Jika anda mempunyai simptom seperti diatas, pastikan anda berehat terlebih dahulu dimana-mana hentian yang selamat. 

No comments

Powered by Blogger.