Uban Lain Akan Tumbuh Selepas Anda Mencabut Uban Yang Sedia Ada, Betul Ke? - Abang Terlajak Laris


Uban Lain Akan Tumbuh Selepas Anda Mencabut Uban Yang Sedia Ada, Betul Ke?


Kenyataan tersebut adalah salah dan mitos semata-mata. Satu folikel hanya akan mengeluarkan sehelai rambut sahaja dan rambut lain disekitar uban tidak akan dijangkiti menjadi putih kerana uban yang tumbuh itu adalah disebabkan pigmen dalam folikelnya sudah mati. 

Tetapi, selepas anda mencabut satu uban, uban yang baru tetap akan tumbuh kerana folikel yang sama tidak lagi menghasilkan pigmen untuk menumbuhkan rambut hitam.

Namun tenang, yang tumbuh tetap hanya satu, bukan berlipat ganda. Selain itu, anda juga perlu berhati-hati mencabut rambut kerana perbuatan tersebut berkemungkinan memberi trauma kepada rambit tersebut yang secara tidak langsung dapat menyebabkan infeksi, luka, dan berpotensi botak.

Sumber: Era.je

No comments

Powered by Blogger.