10 Sebab Kenapa Doa Tak Diterima Allah - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

10 Sebab Kenapa Doa Tak Diterima Allah


Ketika Ibrahim Bin Adham, seorang ahli sufi berada di tengah-tengah pasar Basrah dikerumuni oleh orang ramai.Antara mereka ada yang bertanya, 

“Mengapakah doa kami tidak dimakbulkan oleh Allah, sedangkan kami bermohon kepadaNya?”Ibrahim menjawab, “Kerana hati mereka buta disebabkan 10 perkara”

1. Doa daripada mereka yang mengaku mengenali Allah, tetapi ingkar akan segala perintahNya.

2. Mengasihi Rasulullah, tetapi tidak mengikuti sunahnya.

3. Sering membaca Al-Quran, tetapi tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.

4. Langsung tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

5. Memusuhi syaitan, tetapi langsung tidak menentangnya.

6. Mengakui kewujudan syurga di alam akhirat, tetapi tidak beramal untuk ke syurga.

7. Mengakui kewujudan neraka di alam akhirat, tetapi tidak cuba menjauhkan diri daripada masuk ke dalamnya.

8. Mengakui mati itu pasti, tetapi masih lalai melakukan kemaksiatan dan kejahatan.

9. Sibuk dengan keaiban orang lain, tetapi sering lupa dengan aib sendiri.

10. Mengebumikan mayat saudara Islam, tetapi tidak mengambil iktibar daripada kematian mereka.

Sumber: islamituindah.com.my

No comments

Powered by Blogger.