3 Kesan Terlalu Banyak Minum Air Panas Dalam Sehari - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

3 Kesan Terlalu Banyak Minum Air Panas Dalam Sehari


Dari laporan stylecraze.com, ada kesan bahaya jika terlalu banyak minum air panas dalam sehari.

1. Boleh memecahkan pembuluh darah

Meminum terlalu banyak air putih yang panas berisiko memecahkan pembuluh darah. Ini kerana cairan panas yang berlebihan dalam tubuh badan boleh menganggu sistem peredaran dalam tubuh badan.

2. Menyebabkan lidah terluka

Ketika minum air panas, mungkin lidah, mulut dan bibir berasa kurang nyaman. Jika terlalu banyak mengambil air panas, kesannya deria rasa anda boleh mengalami penurunan kemampuan. Untuk memastikan lidah tidak terluka, pastikan air panas itu benar-benar berada dalam keadaan setengah panas ataupun suam.

3. Merosakkan lapisan enamel gigi

Air panas berisiko merosakkan lapisan enamel gigi. Jika lapisan enamel gigi sudah rosak, hal ini boleh membuatkan gigi mudah menjadi rapuh.

No comments

Powered by Blogger.