3 Sebab Masakan Ibu Paling Terbaik Di Dunia! - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

3 Sebab Masakan Ibu Paling Terbaik Di Dunia!


Pernahkan kita terfikir mengapa kita semua menganggap masakan ibu yang paling sedap? Tiga sebab dibawah mungkin jawapannya.

Berdasarkan beberapa kajian dan pemerhatian mendapati masakan yang dimasak dengan penuh rasa kasih sayang akan lebih memberikan rasa nikmat buat kita. 

Seorang psikologi dari England, Christy Ferguson telah melakukan pemerhatian saintifik berkaitan hal ini. Menurutnya persepsi emosional akan sesuatu rasa akan dapat ditingkatkan oleh faktor waktu, cinta dan rasa peduli terhadap masakan. 

Sudah tentu masakan yang dimasak oleh ibu tercinta itu dibuat dengan bersih, sihat dan suci. Tidak mungkin seorang ibu akan memberikan anaknya makanan yang kotor atau mengandungi bahan merbahaya. Kecuali jika dalam keadaan darurat atau terdesak. Naluri ibu yang penuh kasih sayang mahukan anaknya dapat merasa yang terbaik. Sebab itulah kalau korang perasan ibu kita amat cerewet dan memilih sayur-sayuran dan bahan masakan yang terbaik dia boleh cari.

Ini faktor yang bersifat lebih peribadi. Jika balik kampung kita semestinya akan meminta untuk ibiu tersayang memasak makanan kegemaran. Dari sini rasa excited itu sudah muncul kerana kita tahu hasilnya pasti akan konsisten dan jauh disudut hati kita merundui rasa tersebut. Walaupun kadangkala menu yang disediakan cuma sederhanan sahaja, namun dengan keistimewaan ‘air tangan’ ibu itulah yang memberikan seribu satu bahagia. 

Sumber: remaja.my

No comments

Powered by Blogger.