4 Perangai Pelik Lelaki Bila Dah Masuk 40an - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

4 Perangai Pelik Lelaki Bila Dah Masuk 40an


Agak-agak bagaimana perangai mereka bila dah berumur 40-an ya? Makin tua main kacak pula lelaki ni ya, bukan seperti wanita yang semakin tua semakin nampak lesu.

Miang

Selalunya orang akan berkata ‘dah masuk umur pertengahan ni, miang dia lain sikit’. Apabila lelaki yang berumur 40 an, mereka sering berperangai pelik. Jika sesetengah orang berkata umur sebegitu sepatutnya lelaki bersikap lebih matang, tapi lain pula jadinya apabila menjadi semakin miang. Mata tu asyik hendak ushar perempuan berdahi licin saja.

Semakin tidak bertanggungjawab

Bila market dah naik, mula nak bersiap kacak-kacak dan berbau wangi sepanjang masa. Tetapi realitinya isteri dan anak-anak dibiarkan tunggang langgang. Mereka menjadi lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sanggup menghabiskan masa dengan wanita lain diluar.

Hilang kehangatan asmara

Bila usia mencecah umur 40 tahun, kebanyakkan lelaki sudah hilang sikap romantik dan mula malas hendak melayan kerenah manja isterinya. Hendak ajak bergurau pun sudah takut, muka masam mencuka sahaja setiap hari. Isteri akan mudah rasa terabai jika suami mula tidak menghiraukannya.

Makin mengada-ngada

Sudah mula hendak berpakaian seperti orang muda, hendak nampak muda dan tampan sentiasa. Lepak pula dengan anak muda dan bebincang soal isu semasa yang tidak bersesuaian dengan umurnya yang sudah dimamah usia. Jika ditanya berkenaan dengan usia pula, mereka suka merahsiakan umur mereka kerana bimbang rakan wanita yang jauh lebih muda tidak mahu berkawan dengannya. Sepertinya lelaki di usia 40 an ini sangat mengada-ngada ya!

Sumber: Maskulin

No comments

Powered by Blogger.