5 Cara Jimat Elektrik Guna Aircond - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Cara Jimat Elektrik Guna Aircond


Rupanya ada beberapa cara nak kurangkan kadar bil elektrik tu daripada penggunaan aircond.

Pilih Aircond Yang Berkualiti

Beli air cond pada HP yang mencukupi. Lebihkan sikit HP tu. Cara kiraan dia (luas kawasan bilik x 60) / 9000. Contoh untuk bilik yang saiz 12′ x 10′. [(12’x10′) x 60] / 9000 = 0.8HP.

Ada yang cakap aircond 0.5HP dah cukup dah sebab bilik kecil je. Tapi sebenarnya yang paling sesuai ialah aircond 1HP dan yang paling baik ialah aircond 1.5HP. Tapi kalau 2.0HP dah over power pula. Tujuannya ialah kita nak kurangkan pergerakan kompresor. Makin banyak kompresor bergerak, makin tinggi la elektrik digunakan. 

Teknologi Inverter

Gunakan aircond yang ada teknologi inverter. Inverter ni tujuan dia adalah untuk menstabilkan penggunaan motor atau kompresor. Bila eletrik pada kompresor lebih stabil, so kita dapat la jimat elektrik. Ini ada kena mengena dengan graf electricity consumption. Bagi yang guna inverter ni, tak payah lah nak gatal on off aircond tu kerap sangat. Inverter ni dia hanya akan fully functional lepas suatu tempoh yang panjang. Normally lepas 4 jam.

Setkan Aircond Pada Cara Yang Betul

Yang ni memang majoriti orang guna pada cara yang kurang tepat. Selalunya saya tengok diorang akan set pada satu suhu. Andai kata 23 deg C, kipas set level 2 out of 4. Lepas tu biar saja sampai ke pagi baru off. Cadangan yang sebaiknya ialah, bila sampai rumah, buka aircond pada suhu terendah (contoh: 16 deg C) dan kipas yang paling kuat (contoh level 4) dan biarkan bilik tu selama lebih kurang 30minit ke 45minit.

Selepas itu setkan pada suhu 26 deg C atau 25 deg C. Ini ialah suhu yang sesuai untuk tidur. Kipas pula setkan separuh (cth: level 2 out of 4). Bila kita guna aircond, part paling banyak guna elektrik ialah bila baru on.

Jangan Selalu On Dan OFF

Ini biasa berlaku bila tidur. Agak sejuk je, off terus aircond. Bila rasa panas on balik.. ingat, aircond banyak guna elektrik masa kita baru on. So kalau dah kerap on off, banyak la elektrik yang kita guna.

Service Aircond Setiap 6 Bulan – 9 Bulan Sekali

Paling cikai pun buat la setahun sekali. Aircond yang tak di service, akan buatkan aircond tu dah tak berapa nak sejuk. So secara tak langsung kita keep on tukar setting. Ada juga yang ingat gas habis. Padahal filter kotor je pun. Dah keluar kos yang bukan-bukan. 

Sumber: Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.