5 Cara Pilih Cempedak Manis & Banyak Isi - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Cara Pilih Cempedak Manis & Banyak Isi



Ini antara tips yang dapat membantu kita memilih cempedak yang elok dan banyak isinya.

1.  TENGOK ‘MATA’ KULIT

Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak. Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud  jerami dia yang banyak.

2. RASA KULIT EMPUK

Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.

3. KULIT KEKUNINGAN, TANGKAI COKLAT

Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuning dia nampak lebih dominan. Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda. Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.

4. BAU WANGI

Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.

5. YANG BERAT LEBIH SELAMAT

Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.