Santai
5 Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah) Yang Patut Kita Rebut
Berikut adalah keistimewaan Hari Arafah yang patut kita tahu agar sama-sama dapat lebih menghayati serta sama-sama memanfaatkan tawaran yang telah dijanjikan Allah.
1. Sebahagian daripada Rukun Haji.
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]
2. Hari raya buat umat Islam.
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
3. Dasyatnya doa di hari Aarafah.
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
4. Ganjaran puasa Arafah.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah: Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
5. Hari keampunan.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]
No comments