5 Makanan Boleh Makan Sampai Kenyang, Tapi Tak Gemuk - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

5 Makanan Boleh Makan Sampai Kenyang, Tapi Tak Gemuk


Makanan-makan yang dikumpulkan ini merupakan makanan yang kaya dengan serat dan mempunyai kalori yang rendah. Jadi, tidak hairanlah jika ia diambil dalam kuantiti yang banyak, tidak juga akan menggemukkan.

1. Popcorn

Jika anda menggoreng popcorn tanpa mentega dan gula (hanya menggunakan sedikit garam, misalnya), anda boleh menikmati keenakan popcorn ini tanpa rasa takut. Dengan jumlah kira-kira secawan popcorn hanya mengandungi 31 kcal (kalori).

2. Daun saderi 

Batang saderi mengandungi 95 peratus air dan mampu untuk membantu anda menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak sebagai detoks dalam badan.

3. Terung

Terung bakar atau yang dipanggang tanpa minyak hanya mengandungi 24 kcal dan anda boleh menikmati sayuran ini tanpa perlu mengehadkan jumlah pengambilannya.

4. Kumpulan buah oren

Mengambil buah-buahan dalam kadar yang banyak adalah tidak digalakkan jika anda mahu menurunkan berat badan. Namun, ia dikecualikan untuk kumpulan buah-buahan sitrus. Buah oren misalnya, kaya dengan bahan-bahan serat, flavonoid dan vitamin C yang membantu penghadaman, mengenyangkan serta mencantikkan kulit secara semula jadi.

5. Alga 

Tumbuhan alga seperti Laminaria adalah sumber terbaik iodin. Ia membantu menjaga hormon pada tahap yang normal dan mengawal berat badan anda.

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.