6 Sebab Ibu Hamil Kena Makan Kacang Kuda - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

6 Sebab Ibu Hamil Kena Makan Kacang Kuda


Berikut adalah antara khasiat kacang kuda yang menjadikannya makanan ideal untuk ditambahkan ke dalam diet, terutamanya bagi ibu mengandung.

1. Mengandungi serat, vitamin, mineral yang baik untuk membantu kesihatan ibu.

2. Sebagai pengganti kepada sumber protein haiwan.

3. Protein dan serat dalam kacang kuda akan membuat ibu berasa lebih kenyang. 

4. Kacang kuda memiliki kadar GI yang rendah (low glysemic index). Ini membuatkannya sesuai dimakan oleh ibu mengandung yang mengalami kencing manis (GDM) atau perlu mengawal paras gula dengan ketat.

5. Kandungan seratnya dipercayai dapat menambah bakteria baik dalam perut dan sekaligus melancarkan sistem pencernaan dengan efektif.

6. Oleh kerana sifatnya yang kaya dengan zat besi, kacang kuda amat sesuai dimakan oleh ibu mengandung terutamanya yang  kurang darah atau low HB.

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.