8 Masalah Kesihatan Lelaki Tidak Boleh Abaikan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

8 Masalah Kesihatan Lelaki Tidak Boleh Abaikan



8 situasi yang tidak boleh dipandang remeh oleh golongan lelaki apabila melihat simptom-simptom ini.

1. Ketulan buah zakar

Setelah mencapai akil baligh, golongan lelaki digalakkan untuk sentiasa memeriksa buah zakar sama ada ia dalam keadaan yang normal atau dilihat punya tanda-tanda seperti ketulan luar biasa dan lebam. Sekiranya anda melihat tanda-tanda ini, segeralah berjumpa dengan doktor secepat mungkin. 

2. Sakit ibu jari kaki

Jangan anggap jika kamu berasa sakit-sakit pada jari kaki itu adalah perkara biasa. Perlu anda tahu bahawa lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap gout daripada perempuan.

3. Mati pucuk

Walaupun ada yang menganggap ia adalah satu masalah yang mudah untuk diatasi tetapi anda harus tahu bahawa ia boleh membawa kepada tahap yang lebih serius.

4. Keguguran rambut

Ramai lelaki takut untuk kehilangan rambut kerana bimbang sudah tidak ada daya penarik. Ia juga telah mendapati bahawa 40 peratus daripada lelaki yang mengalami keguguran rambut dengan kronik berkemungkinan untuk mendapat kanser prostat. Ini disebabkan oleh hormon lelaki yang berlebihan.

5. Ketulan payudara

Perkara ini memang jarang berlaku pada kaum lelaki tetapi bukan wanita sahaja yang mempunyai tanda-tanda menghidap kanser payudara. Ia boleh berlaku kepada kaum lelaki juga. Dalam kebanyakan kes, lelaki yang mempunyai tanda-tanda kanser payudara dapat dikesan pada sekitar puting yang mempunyai ketulan luar biasa. 

6. Kencing berdarah

Walaupun ada yang mengatakan bahawa kencing berdarah adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan atau penyakit batu karang, namun ia juga boleh menjadi sebab kepada tanda-tanda kanser pundi kencing.

7. Payudara ‘wanita’

Lelaki yang berusia lebih cenderung untuk menambah berat badan dan kadang kala menyebabkan timbulnya payudara yang agak berisi seperti kaum wanita. Kondisi ini dinamakan sebagai gynecomastia, di mana terbentuknya payudara yang seakan wanita. Anda perlu berjumpa dengan doktor kerana ia mungkin juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon atau penyakit hati.

8. Kencing pada waktu malam

Jika kerap terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil, anda harus lebih hati-hati. Ia mungkin kerana berpunca daripada masalah prostat. Kesukaran membuang air kecil, aliran yang lemah dan mengambil masa yang lebih lama untuk membuang adalah antara tanda-tanda yang perlu anda berikan perhatian.

Sumber: Remaja

No comments

Powered by Blogger.