Adakah Daging Qurban Boleh Dijual? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Adakah Daging Qurban Boleh Dijual?


Soalan 2 : Adakah daging qurban boleh dijual?

Jawapan : Tidak boleh menjual sesuatu pun daripada mana-mana bahagian sembelihan qurban, sama ada qurban yang wajib atau sunat, termasuklah daging, lemak, kulit, tanduk, tulang, bulu dan sebagainya. Ini berdasarkan riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang menjual kulit sembelihan qurbannya, maka tiada baginya ibadat qurban”. (Riwayat al-Hakim).

Manakala golongan faqir dibolehkan untuk menjual daging yang diberikan kepadanya.

Sumber: Bahagian Komunikasi Korporat MAIS

No comments

Powered by Blogger.