Aset Kendur? Amalkan 6 Cara Ini - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Aset Kendur? Amalkan 6 Cara Ini


Bagi yang mengalami masalah ini, usahlah risau kerana masih belum terlambat untuk memperbetulkan kembali "ke bentuk asal". Ikut cara-cara dibawah dengan betul.

Perhatikan & Jaga Berat Badan

Sudah menjadi lumrah bagi wanita, berat badan mudah sahaja untuk turun dan naik. Tetapi, cuba perhatikan dan kawal turun naik berat badan anda secara konsisten. Adalah lebih baik untuk anda menurunkan berat badan secara perlahan dari menurunkan berat badan secara dramatik.

Pelihara Payudara Ketika Berlari

Payudara turut bergerak ketika anda melakukan senaman yang ekstrem seperti berlari mahupun melompat. Kita semua jelas bahawa senaman adalah sesuatu yang patut diamalkan oleh semua orang kerana sedikit sebanyak ia memberi mpak positif terhadap kesihatan tubuh anda. Namun begitu, jangan lupa untuk pelihara ‘aset’ anda.  Manfaatkan bra bersukan berkualiti yang dapat menampung payudara secara selesa dan rapi untuk mengelak ia dari menjadi tidak stabil.

Minum Jus Oren

Betul! Jus oren dapat mengelak payudara anda menjadi kendur. Makanan dan minuman yang mengandungi khasiat vitamin C dapat menghalang masalah payudara kendur ia dapat memperbaiki keanjalan kulit.

Jangan Lupakan Pelindung Matahari!

Tahukah anda bahawa cahaya matahari dapat mempercepat proses penuaan yang menjadi punca kepada kemunculan kedutan serta hilang keanjalan. Jangan lupakan kawasan sekitar leher juga!

Buat Pilihan Makanan Yang Tepat

Ingat! “Anda adalah apa yang anda makan”. Jika anda ambil makanan yang sihat danb berzat, sudah tentulah tubuh badan anda akan sihat senantiasa. Kawal pengambilan makanan yang berlemak dan bergula. 

Pilih Baju Dalam Yang Padan

Bra yang sesuai dengan ukuran badan anda adalah baik untuk menyokong berat payudara.

Sumber: Wanista

No comments

Powered by Blogger.