Bagusnya Sengkuang Cina, Tinggi Antioksidan & Turun Berat Badan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Bagusnya Sengkuang Cina, Tinggi Antioksidan & Turun Berat Badan


Sengkuang ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan mungkin ramai di antara kita tidak tahu khasiat yang terkandung dalam sengkuang Cina. 

1. Dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengurangi risiko penyakit jantung

Risiko penyakit jantung ini meningkat kerana tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi dalam badan anda. Menariknya, sengkuang cina ini dapat mengubati risiko ini kerana ia adalah sumber potasium yang besar.

Analisis menunjukkan orang yang selalu mengambil pemakanan berteraskan sengkuang ini dapat menurunkan kadar risiko 24% lebih rendah untuk terkena stroke.

2. Menggalakkan berat badan menurun

Sengkuang Cina ini sangat rendah kalori sehinggakan mengandungi 74% air sahaja. Jika anda berasa lapar, sengkuang ini dapat membantu anda untuk lebih kenyang walaupun mengandungi rendah kalori.

3. Baik untuk tidur

Kehadiaran vitamin B-6 baik untuk tidur serta mengurangkan keresahan mood anda. Ia menghasilkan neurotransmitter yang berkesan untuk mood tidur anda.

4. Tinggi antioksidan

Sengkuang ini mengandungi banyak antioksidan. Ia sangat membantu untuk melindungi tubuh terhadap molekul yang berpotensi berbahaya yang disebut sebagai radikal bebas. Journal Sains Makanan menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat dalam sengkuang ini boleh membantu secara berkesan meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan penyakit untuk menyokong kesihatan yang lebih baik.

5. Membantu pencernaan dengan baik

Sumber khasiat fiber yang baik daripada sengkuang Cina ini. Fiber bergerak melalui badanyang tidak cerna dan menggalakkan pencernaan berlaku dan mengoptimmkan kesihatan yang baik tanpa ada sembelit atau apa-apa masalah pencernaan seperti buasir, ulser dan gastritis.

Sumber: Xtra

No comments

Powered by Blogger.