Cara Buat Mee Bayam Homemade Sesuai Untuk Anak Anak Tak Makan Sayur - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Buat Mee Bayam Homemade Sesuai Untuk Anak Anak Tak Makan Sayur


Resepi mee homemade yang dikongsikan oleh Puan Fatin Hidayah.

Bahan:

Ayam rebus*
Bayam celur*
Nasi lembik*
Air rebusan ayam*
Tepung gandum

Cara:

1. Kisarkan semua bahan bertanda * menggunakan blender.

2. Masukkan tepung dalam bekas besar supaya senang di uli. Kemudian masukkan bahan blender sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Uli sampai menjadi doh. Jika adunan masih lembik, tambah tepung lagi supaya senang nak digelek.

3. Leperkan doh atau gelekkan guna penggelek / gelas / apa-apa alat yang sesuai. Bagi yang ada mesin pembuat mee tu boleh pakai. Kalau tak ada kita gelek aja pakai tangan pun sedap juga hasilnya nanti.

4. Bila dah siap digelek, potong nipis-nipis ikut saiz mee yang kita nak.

5. Akhir sekali bolehlah direbus. Masa rebus tu campurkan minyak sedikit supaya tak melekat.

Guna mee bayam ni boleh buat mee goreng atau makan dengan kuah sup. Kalau buat lebih dan ada balance, boleh  gaul dengan minyak dan lepas tu simpan dalam peti sejuk. Mee ni boleh tahan 3 hari.

No comments

Powered by Blogger.