Cara Masak Ayam Masak Tomato Jadi Super Sedap! - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Masak Ayam Masak Tomato Jadi Super Sedap!


Bahan-bahan:

1 biji bawang besar (belah 6) *goreng
1 biji bawang besar,
3 ulas bawang putih,
1/2 inci halia,
10 tangkai cili kering yang direbus dulu (kisar)
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato& 2 sudu sos tiram
1 biji tomato (belah 6)
1 ekor ayam (potong 12)
Daun sup (diracik)
Garam, gula & perasa

Cara-cara:

1) Goreng ayam (muda-separuh garing) angkat, tos & asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing. Angkat dan satukan bersama ayam tadi.

2) Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.

3) Kemudian masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air. Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.

4) Masukkan ayam bersama tomato & bawang yang digoreng tadi. Gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.

Resepi: amirahinthekitchen

No comments

Powered by Blogger.