Cara Pastikan Sotong Tidak Liat & Tidak Lembik - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Pastikan Sotong Tidak Liat & Tidak Lembik


Nana Psa II telah berkongsi petua bagaimana teknik yang betul untuk memastikan sotong tidak liat dan tidak lembik apabila dimasak.

1. Bersihkan sotong dengan bersih.

2. Kemudian, potong sotong mengikut cita rasa anda.

3. Masukkan sotong yang telah dipotong dan dibasuh ke dalam kuali.

4. Jangan masukkan air, dan masak sotong dengan api dapur yang kecil selama dua minit.

5. Pastikan tidak terlalu lama untuk memastikan sotong tidak liat.

6. Kemudian, angkat sotong tersebut dan toskan sotong daripada air yang keluar.

7. Setelah itu, siram sedikit air dan toskan sebelum disimpan.


Sotong sedap digoreng dengan tepung, masak sambal dan banyak lagi. 

No comments

Powered by Blogger.