Cara Simpan Kentang Supaya Tahan Lama - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Simpan Kentang Supaya Tahan Lama


Tanda – tanda kentang yang mula rosak adalah lebam, kulit tercarik, berkulat, lembik atau sebarang cela.

Cara-caranya ialah:

Simpan kentang di ruang gelap dan kering kerana cahaya akan menyebabkan kentang rosak. Antara ruang terbaik untuk menyimpan kentang adalah cabinet yang jarang dibuka.

Simpan dalam bekas yang mempunyai ruang untuk laluan udara, bukannya dalam bekas kedap.

Biarpun suhu sejuk bagus untuk memanjangkan hayat kentang tetapi ia tidak harus disimpan dalam peti ais kerana suhunya terlalu rendah dan boleh merosakkan rasa kentang.

Periksa kentang anda secara berkala untuk memastikan tiada yang rosak. Kerana kentang yang rosak mampu menjangkiti kentang – kentang yang lain.

Bersihkan kentang menggunakan berus kering dan jangan sesekali membasuhnya.

Jauhkan kentang dengan buah – buahan kerana bahan kimia terhasil daripada buah boleh menyebabkan kentang masak lebih cepat.

Kentang boleh disimpan secara berlapis dalam bakul yang mempunyai bukaan tetapi setiap lapisan perlu dilapik dengan helaian surat khabar.

No comments

Powered by Blogger.