Cucur Durian Gebu 'Fluffy', Inti Durian Cair Di Mulut - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cucur Durian Gebu 'Fluffy', Inti Durian Cair Di Mulut


Bahan:

Tepung gandum 1 kg
*Telur 2 biji
*Gula 2 sudu
*Garam 1 sudu
*Mauripan 1 paket (bancuh dengan air suam)

Bahan inti:

Isi durian
Gula (ikut suka banyak mana)

Cara:

1. Campurkan semua bahan bertanda* di atas. Gaul sebati dan tunggu hingga kembang.

2. Masukkan tepung dan air secukupnya. Agak-agak, bubuh sikit-sikit supaya tak banyak sangat dan jangan kurang sangat.

3. Rehatkan adunan kejap. Tunggu dalam 1 jam. Sementara tu boleh sediakan isi durian yang dibuang biji untuk dibuat inti.


4. Masuk inti dna terus goreng

Lepas adunan tu dah direhatkan, kita bolehlah siapkan kuali dan panaskan minyak. Sambil tu bubuh inti durian dan bila minyak dah panas terus goreng. Ini cara saya bubuh inti dan goreng dalam kuali.



Resepi cucur durian oleh Erah Syahirah.

No comments

Powered by Blogger.