Daging Bakar Thailand Yang Pasti Buat Korang Terliur - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Daging Bakar Thailand Yang Pasti Buat Korang Terliur


Hilmi Yusof telah berkongsi resipi daging bakar thailand yang pastinya senang untuk anda cuba.

Bahan:

Daging
Sos tiram
Kicap manis
Madu
Serbuk lada hitam
Minyak masak
Bawang putih
Cili merah
Cili thai
Daun ketumbar
Sos ikan
Air limau nipis

Cara:

Masukkan sos tiram, kicap manis, madu, serbuk lada hitam dan minyak masak ke dalam bekas.

Kemudian perapkan daging dengan bahan-bahan tersebut selama 1 jam.

Setelah diperap, bakar mengikut tahap garing yang anda mahu.

Sediakan bahan pencicah daging dengan bakar dahulu bawang putih.

Potong halus dan tumbuk cili beserta bawang putih yang dibakar tadi.

Kemudian, cincang halus daun ketumbar.

Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis.

No comments

Powered by Blogger.