' Exercise' Tapi Tak Kurus, 5 Kesilapan Ini Korang Dah Buat - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

' Exercise' Tapi Tak Kurus, 5 Kesilapan Ini Korang Dah Buat


Ada lima kesilapan yang biasanya dilakukan tanpa sedar sewaktu ingin menurunkan berat badan.

1. Hanya melakukan kardio

Yes, kardio dapat membakar kalori dengan cepat tapi kalau hanya berlari, berbasikal atau berenang, tidak melakukan strength training, korang akan hilang peluang untuk memaksimumkan pembakaran kalori jika tidak melakukan rutin ini.

2. Skip latihan intensif

High-intensity interval training adalah salah satu latihan terbaik untuk penurunan berat badan. Latihan ini dilakukan semasa kardio dan strength training selama lebih kurang 40 saat pada setiap satu exercise dan diselitkan 20 saat untuk waktu ‘rehat’.

3. Tidak konsisten 

Latihan di gimnasium perlu dilakukan secara berkala selama lebih kurang 45 minit, tiga hingga empat kali seminggu untuk melihat hasilnya. Lakukan secara konsisten jika mahu lihat penurunan berat badan yang baik.

4. Latihan kecergasan yang sama

Setelah berhempas pulas melakukan exercise tapi hasilnya berat badan korang tetap mendatar dan tak turun-turun (plateau), ini mungkin kerana disebabkan korang melakukan exercise yang sama tiga hingga lima kali seminggu. Pada waktu itu, otot mungkin sudah terbiasa dengan rutin tu, so korang perlu mengubah gerak senaman yang lain sekurang-kurangnya setiap enam minggu. Nak lebih berhasil, lakukan sesuatu yang berbeza setiap kali exercise. Latihan gaya cross fit atau ala-ala boot-camp adalah contoh yang paling baik.

5. Tak jaga makan

Sebenarnya, perkara ni yang paling susah nak dikawal. Exercise la hari-hari tiga jam pun, kalau tak jaga makan memang tak akan berhasil.

Sumber: popsugar.com

No comments

Powered by Blogger.